Monday 23 May 2016

Datuk Wira Dr. Maznahhamid: The Iron Lady

Datuk Wira Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 33 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Beliau kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Wira Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.

Beliau merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi pengajian tinggi.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’.

Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan. Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS).

Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :

  • Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
  • Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
  • Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
  • Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
  • Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
  • Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
  • Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
  • Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
  • Anugerah Ibu Usahawan 2008 – AVON
  • Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
  • Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
  • Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
  • Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
  • Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
  • Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
  • Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya
  • Anugerah “Lady Extraordinaire Inaugural Women of Excellence Awards 2014".
  • Anugerah “Great Entrepreneur Brand ICON Leadership Awards Asia Pacific 2014”.
  • Anugerah ”Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah” –membawa Gelaran Dato’Wira – 18 Januari 2015"


Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 6 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEgiPkgv63RA41a51KXgophJljW6cLmdlLRLSN06Wt0hcKOgL24tBXKW3_7Q7I16WllmLLxroavWfdY_rUp1XeDp76WZH57GGEOrIJ6YDEYzc_q_RV5VW9R1C_d505lfV9KUtxE_V1XIby4WzO10YJjesyj5ubeWkwMUGD_XD3b3O5UGpIT6nxVLExmPugCNz47I8nZ5=
KUMPULAN SECURIFORCE 
Tel : 03-40420266 Fax : 03-40411134 / 58
Email : maznah@securiforce.com.my
Home page :
Facebook :
Instagram : maznah_hamid
Tweeter : maznah_hamid


Pakar Motivasi & Teknik Belajar



Pakar Motivasi & Teknik Belajar
Pengerusi Kumpulan Syarikat In Person Training and Consultancy

Saya, Ustaz Rohizal dan kepakaran saya adalah meransang, membangun dan membangkitkan semangat jati diri manusia berteraskan Al-Quran dan Sunnah dan InsyaAllah mereka akan menjadi insan terbaik.

Suatu ketika dahulu, saya juga berada di tempat anda semua. 18 tahun saya buat bisnes entah apa-apa. Masuk universiti dan keluar macam orang pandai. Dan sepanjang perjalanan ini, saya dah lama menunggu untuk kehadiran seorang insan yang akan memandu, membimbing dan memimpin kejayaan saya.

Saya seorang yang terlalu fokus bekerja bersungguh-sungguh sehingga lupa nak baca surat khabar. Suatu hari, saya mendapat panggilan daripada seorang insan yang saya tidak kenal, tapi saya pernah mendengar namanya. Dan ibu saya sendiri berkali-kali meminta saya ke program Dr Azizan. Saya tidak kenal siapa Dr Azizan sebab saya jarang baca surat khabar.

Dan juga, sebagai seorang Motivator, perasaan ‘syok sendiri’ saya terlalu tebal dalam jiwa. Pada masa itu, saya yakin bahawa saya sudah terbaik.

Insan bernama Dr Azizan ini telah menelefon saya untuk membawa anaknya ke program tahfiz saya. Pada ketika itu, program saya sangat besar tetapi impian dan pendapatan saya sangat kecil. Tetapi, apabila dipertemukan dengan Dr Azizan, insan ini telah membantu mengubah program saya menjadi lebih baik.

Tempat saya mengadakan kem pembangunan insan ini sebenarnya sangat cantik dan strategik. Saya tahu tempat saya cantik, tetapi saya tak tahu bagaimana nak memanfaatkan kecantikan itu supaya menghasilkan duit. Saya hanya menjangkakan tempat itu tempat saya akan mati. Tetapi Dr Azizan berjanji akan mengambil alih program saya dan meminta saya untuk sentiasa bersedia sahaja kerana tempat saya nanti tak akan cukup untuk menampung peserta.

Alhamdulillah, tahun lepas kami buat program, kehadiran amat memberansangkan sehingga tidak cukup tempat. Kami pecah rekod untuk penganjuran Kem Tahfiz. Saya sungguh bersyukur kerana selama ini, saya menunggu orang agama membantu saya membangunkan kem ini tetapi tidak sampai. Sebab itulah Dr Azizan bukan sahaja mentor bagi diri saya, akan tetapi beliau adalah Pencetus Ummah bagi kita semua.

Program Richworks telah banyak merubah cara minda saya berfikir. Sekarang bisnes saya semakin maju. Jumlah peningkatan bisnes saya dari RM20,000 sebulan meningkat sehingga 70% sebulan. Tak menang jari dan tak menang tangan. Setiap hari ada sahaja panggilan. Setiap hari ada sahaja bisnes untuk saya. Setiap hari ada peluang perniagaan.

Percayalah cakap saya, kalau anda ada masalah, sebenarnya anda belum jumpa kunci untuk selesaikan masalah tersebut. Kalau jatuh, jangan harap tangan-tangan ghaib yang akan bangunkan anda. Anda perlu bangun sendiri. Carilah mentor, carilah ilmu. Bertindak dengan bijak dan pantas. Anda pasti akan berjaya.

Jika anda penat hidup dengan kewangan dan kejayaan yang ‘biasa-biasa’, dan ingin tahu bagaimana memulakan perubahan hidup menjadi ‘luar biasa’, sertai ‘Seminar Hidup Luar Biasa 2014’ untuk dengar, belajar daripada pengalaman dan perjalanan hidup mentor dan ikon Dr Azizan Osman serta Afdlin Shauki yang akan memberi inspirasi kepada anda dan keluarga.

Seminar Hidup Luar Biasa 2014 bakal mencatat perkongsian bersejarah Dr Azizan dan Afdlin yang akan meneroka pengalaman jatuh bangun mereka, daripada kehidupan, perniagaan hinggalah kekayaan dan kejayaan.

Jika anda ingin belajar bagaimana anda boleh menjadi seorang yang berjaya di dalam kerjaya atau perniagaan anda, ikuti Seminar Hidup Luar Biasa 2014.

Sebanyak lapan (8) lokasi dijadual menyemarakkan siri jelajah seminar yang akan bermula di Hotel Thistle, Johor Baharu, pada 24 Mei ini sebelum diteruskan di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada keesokannya, 25 Mei. Ini diikuti Melaka International Trade Centre, Melaka (28 Mei); Kelantan Trade Centre, Kota Bharu (30 Mei); Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam (31 Mei); Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang (1 Jun); Hotel MS Garden, Kuantan (3 Jun) dan dijangka berakhir di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh (4 Jun).

Penyertaan Percuma tertakluk bagi pendaftaran seramai tiga orang, manakala bayaran RM60 dikenakan jika dua orang dan RM30 seorang.

Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari www.HLB2014.com atau hubungi 019-2442244;   013-2442244; 019-2442400 untuk pertanyaan lanjut.

Daftar segera! Tempat adalah terhad dan keutamaan diberi untuk pendaftaran AWAL sahaja!

Salam Kejayaan.

Dr Azizan Osman

Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No. 1 Asia

East Coast Economic Region

Negeri Kelantan dan rakyatnya telah mendapat manfaat daripada pelbagai projek dan program yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), seperti yang dapat dilihat melalui lonjakan pelaburan di negeri ini, serta peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan baharu yang berjaya diwujudkan untuk penduduk tempatan.
Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC telah meluluskan peruntukan sebanyak RM688 juta bagi pelaksanaan 31 projek dan program berimpak tinggi di Kelantan, sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebuah wilayah maju menjelang 2020.
“Sejak ECER ditubuhkan pada tahun 2007 sehingga September tahun ini, negeri Kelantan telah berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM12.2 bilion, atau 14.7 peratus daripada jumlah pelaburan terkumpul di ECER setakat ini, yang akan mewujudkan 12,555 peluang pekerjaan baharu bagi penduduk tempatan,” kata Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob.
Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC ECER) Kelantan yang ketiga bagi tahun 2015 di sini hari ini. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John.
“Pelaburan-pelaburan yang diterima di Kelantan telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada rakyat tempatan, yang secara langsung membantu membangunkan tahap sosioekonomi dan ekonomi modal di negeri Kelantan khususnya, dan ECER amnya, selaras dengan matlamat ekonomi berteraskan rakyat (people economy) yang inklusif dan mampan,” kata beliau.
Sektor pembuatan merupakan penyumbang terbesar kepada pelaburan di Kelantan dengan 55.9 peratus, diikuti oleh logistik (16.4 peratus), pelancongan (10.6 peratus) dan hartanah (9.8 peratus).
Antara pelaburan-pelaburan yang telah pun direalisasi di Kelantan sejak 2007 sehingga kini ialah dua pelaburan berjumlah RM1.2 billion setiap satu untuk pembinaan kilang simen bersepadu di Gua Musang, iaitu oleh ASN Cement Industries Sdn Bhd (400 peluang pekerjaan) dan Biz Markz Cement Industries Sdn Bhd (115 peluang pekerjaan). Di samping itu, Permodalan Nasional Berhad turut melabur RM125.46 juta untuk pembangunan Hotel Perdana di Kota Bharu.
Kelantan turut menerima komitmen pelaburan daripada Tok Bali Supply Base Sdn Bhd yang mengendalikan Pangkalan Bekalan Tok Bali, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM200 juta yang akan mewujudkan 350 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan. Bagi tahun 2015 sahaja, jumlah pelaburan yang diterima di Kelantan adalah sebanyak RM729.4 juta.
Sementara itu, Program Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan ECERDC seperti empower ECERentrepreneur ECER, Program Peningkatan Graduan ECER (ETEP), TERAJU@ECER, dan program pembasmian kemiskinan Agropolitan, telah memberi manfaat kepada lebih 10,000 rakyat di Kelantan yang kini berupaya menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan prestasi akademik yang lebih baik hasil penyertaan dalam program-program tersebut.
“Pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui projek-projek dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC dengan kerjasama rapat Kerajaan Negeri,” kata YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad.
Tambah beliau, pelaksanaan program dan projek di Kelantan adalah berlandaskan pendekatan ekonomi berteraskan modal dan ekonomi berteraskan rakyat, bagi memastikan limpahan kemakmuran yang wujud hasil daripada inisiatif transformasi ECER turut dinikmati oleh penduduk tempatan.
Sementara itu, program-program pembangunan modal insan dan keusahawanan ECER akan membantu memastikan kesediaan tenaga mahir di ECER yang mampu memenuhi keperluan dan kehendak para pelabur, serta kewujudan kumpulan usahawan tempatan yang mampu menyediakan ekosistem perniagaan sokongan di Wilayah ini.
empower ECER adalah salah satu program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh ECERDC yang bertujuan memperkasakan masyarakat tempatan di ECER melalui Latihan Akademik dan Latihan Kemahiran & Keusahawanan. Program ini adalah sebahagian daripada usaha ECERDC untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan di antara wilayah dan menangani kemiskinan luar bandar dan golongan bawahan 40% (B40) di wilayah ini, selaras dengan pendekatan inklusif Kerajaan ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Di Kelantan, empower ECER kini dilaksanakan di Jeli, Bachok dan Ketereh. Program Latihan Akademik empower ECER telah memberi manfaat kepada 6,740 pelajar di negeri ini, yang telah berjaya memperolehi keputusan akademik yang lebih baik selepas mengikuti program ini.
Sementara itu, Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER direka terutamanya untuk golongan menganggur, mereka yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal, dengan objektif untuk membekalkan mereka dengan latihan kemahiran dan ilmu keusahawanan yang mencukupi bagi meningkatkan kebolehpasaran dan keupayaan mereka untuk mendapat pekerjaan.
Bagi peserta dewasa, adalah dianggarkan sehingga 80% daripada mereka akan mendapat pekerjaan selepas menamatkan kursus mereka atau mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan pengalaman praktikal untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Di Kelantan, seramai 2,220 peserta telah mendapat manfaat daripada program ini dan berupaya menikmati pendapatan tambahan antara RM500 dan RM1,500 sebulan, atau lebih.
Program entrepreneur ECER, yang merupakan satu inisiatif pembangunan keusahawaanan yang dilaksanakan dengan kerjasama SIRIM, Agrobank dan Maybank, telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 usahawan di ECER, yang mana 617 daripadanya adalah dari Kelantan.
Daripada jumlah tersebut, seramai 509 usahawan Kelantan telah menerima bantuan kewangan melalui skim pinjaman mudah ECERDC-Agrobank sehingga September tahun ini, manakala 55 lagi telah mendapat manfaat daripada bantuan kewangan yang ditawarkan di bawah Skim Keusahawanan ECER-Maybank. Sejumlah 53 usahawan pula telah mendapat manfaat daripada progam pembangunan produk dan pemasaran yang disediakan di bawah kerjasama ECERDC dan SIRIM untuk membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi, termasuklah mengeksport produk mereka ke luar negara.
Dalam usaha membantu usahawan tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, ECERDC baru-baru ini membawa enam peserta entrepreneur ECER, termasuk dua dari Kelantan, ke Ekspo China-ASEAN ke-12 (CAEXPO) 2015 yang berlangsung di Nanning, China pada 18 hingga 21 September 2015 untuk mempamerkan produk-produk halal mereka di acara tersebut. Syarikat-syarikat dari Kelantan tersebut terdiri daripada Mitra Food Industries dan MH Mohd Industries Sdn Bhd.
Inisiatif Teraju@ECER diperkenalkan oleh pihak Kerajaan selaras dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Sejak dilancarkan pada tahun 2012 sehingga September tahun ini, ia telah memanfaatkan 147 syarikat Bumiputera di ECER, termasuk 38 syarikat dari Kelantan. Mereka terdiri daripada 16 Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) yang telah diberi bimbingan perniagaan dan perundingan untuk mengembangkan perniagaan mereka, dan 22 syarikat Bumiputera dengan pelaburan bernilai RM436.5 juta yang telah diberi kemudahan Dana Mudahcara TERAJU berjumlah RM49.3 juta setakat akhir September 2015.
Antara syarikat-syarikat TERAJU tersebut ialah AUEI Teras Holdings Sdn Bhd, Menara One Resources Sdn Bhd, Atira Development (M) Sdn Bhd, Rushdan Yusoff Properties Sdn. Bhd, Bumi Technopreneur Sdn Bhd dan Komitmen Mantap Sdn Bhd.
Program ETEP pula akan dimulakan di Kelantan pada Disember 2015 dengan penyertaan hampir 300 peserta. ETEP melibatkan perkongsian pintar antara ECERDC dan pelabur di ECER, di mana para graduan tempatan diberi latihan di tempat kerja, yang diikuti oleh penempatan pekerjaan di syarikat pelabur.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membasmi kemiskinan di rantau ini, ECERDC telah melancarkan Projek Agropolitan Kelantan Selatan (SKA) pada tahun 2009, yang kini melibatkan penyertaan 625 peserta dan keluarga mereka yang kebanyakannya datang dari latar belakang miskin. Perladangan kelapa sawit menjadi kegiatan ekonomi utama untuk SKA, yang disokong dengan penanaman koko, pisang, tebu dan serai di halaman rumah sebagai sumber pendapatan sekunder. Para peserta SKA kini memperoleh pendapatan purata sebanyak RM1,700 sebulan dan mereka kini tinggal di rumah serba moden yang dibina oleh ECERDC, lengkap dengan kemudahan awam seperti dewan serbaguna, tadika, surau dan lot kedai.

Negara ini sudah buat silap, kata Hadi

Kerajaan Malaysia sudah melakukan kesilapan apabila memulakan pembangunan negara dengan ekonomi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana negara ini sepatutnya memulakan pembangunan  dengan pembangunan modal insan terlebih dahulu.

"Saya melihat kesilapan negara dalam dunia hari ini. Mereka jelas mengamalkan prinsip yang bertentangan dengan Islam. Mereka memulakan pembangunan negara dengan wang dan ekonomi terlebih dahulu.

 “Islam pula memulakan pembangunan menerusi pembangunan modal insan dan akhlak. Menerusi pembangunan insan itu, ilmu, akhlak serta moralnya dibentuk. Jika ada ilmu sahaja tetapi tidak ada akhlak, maka ia tidak akan berjaya,” katanya dalam Bicara Minda dan Sesi Dialog, di sini, hari ini.

Menyentuh soal hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar pula, beliau berkata, Malaysia sepatutnya lebih banyak memainkan peranan dalam mengenalkan dan menyebarkan agama Islam kepada pihak asing.

“Dalam undang-undang antarabangsa Islam, Islam membenarkan kita mengadakan hubungan diplomatik dengan syarikat asing.

“Untuk apa tujuannya? Untuk menyampaikan mesej bahawa Islam boleh diterima dalam masyarakat. Sebab itulah kita tidak pernah dengar negara China memerangi Islam. Kerana hubungan diplomatiknya dijaga dengan baik dan Islam didedahkan kepada masyarakat China dengan baik sekali,” katanya lagi.


Pengurusan Modal Insan MSU

Pembangunan modal insan adalah satu daripada komponen penting dalam pembentukan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk negara yang memerlukan modal insan berkemahiran, berpengetahuan tinggi, kreatif dan inovatif.
Mengikut Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020, salah satu tumpuan utama ialah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang melalui strategi pembangunan modal insan secara holistik.
Dalam era globalisasi, sesebuah negara yang tidak mempunyai pembangunan modal insan akan terus ketinggalan dalam pelbagai bidang .
Justeru, dengan menitikberatkan pembangunan modal insan secara automatik, ia akan menjadikan organisasi itu lebih berinovasi dan berdaya saing.
Melihat potensi dan kepentingan bidang ini, Management & Science University (MSU) menawarkan peluang kepada pelajar berminat mengikuti program Pengurusan Modal Insan peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.
Program itu ditawarkan melalui Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP).
Terkenal dengan visi komited untuk mencerna kecemerlangan dan kejayaan kepada graduan, MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu.
Sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee dengan suasana pembelajaran kondusif dengan kemudahan prasarana lengkap memberi bonus kepada pelajar.
Program pengajian MSU direka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran serta memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajarnya melalui aktiviti kokurikulum yang melengkapi mereka dengan nilai-nilai etika dan moral.
Antara bidang kerjaya boleh diceburi graduan Pengurusan Modal Insan ialah profesional pengurusan modal insan, eksekutif pembangunan perniagaan, jururunding bertauliah, eksekutif pengurusan sumber manusia, eksekutif latihan dan pembangunan, eksekutif keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan, eksekutif hubungan industri, eksekutif perhubungan awam, eksekutif pentadbiran dan eksekutif ganjaran & pampasan.
Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi turut terbuka luas selain memperoleh kerjaya kerana MSU mempunyai kerjasama erat dengan majikan daripada sektor swasta atau kerajaan menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP).

GATES Academy: Membina bisnes masa hadapan dengan pelaburan dalam pembangunan modal insan



Perjalanan dinamik GATES dalam bidang pendidikan teknologi maklumat

“Tahun 2009. GATES bermula sebagai sebuah entiti milikan tunggal. Empat orang pengasas bergabung kepakaran.” Tuan Syafwan berkongsi mengenai latar belakang GATES IT Solutions Sdn Bhd.
Dua orang ahli akademik dan dua orang rakan dalam bidang teknologi maklumat (IT) melihat potensi untuk menawarkan perkhidmatan pembangunan sistem mengikut keperluan pelanggan. Mereka mengeluarkan modal sendiri dan dibantu oleh empat orang staf mengikut projek.
Selepas tiga tahun, mereka mendapati bisnes dalam bidang ini tidak dapat bertahan lama jika hanya bergantung kepada projek kecil-kecilan. Tugas memperkenalkan GATES menjadi lebih sukar tanpa produk IT sendiri.
“GATES melihat kejayaan syarikat IT antarabangsa seperti Oracle dan Adobe. Syarikat seperti ini mempunyai produk sendiri yang dipasarkan ke seluruh dunia. Semua produk mereka memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai lapisan,” jelas beliau.
GATES mengkaji semula model bisnes dan sistem yang pernah mereka bangunkan. Mereka melakukan inovasi kepada sistem sedia ada dan memperkenalkan produk sendiri iaitu F1-PBT. Sistem ini mengandungi beberapa komponen seperti sistem pengurusan cukai harta, sistem pengeluaran bil dan sistem sewa untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sistem ini berjaya dijual kepada beberapa PBT di negeri Johor. GATES turut menyediakan sistem pengurusan kampus yang dijual kepada universiti tempatan. Tim GATES membuat inovasi berterusan kepada kedua-dua produk ini sehingga ia mencapai tahap matang apabila sistem beroperasi dengan baik dan berkesan.

Kekal relevan dengan menyediakan nilai tambah
(value-added) kepada pelanggan
“Kita buat bisnes bukan untuk hari ini. Kita mempunyai matlamat jangka panjang. Apa lagi yang dapat kami tawarkan kepada pelanggan? Bermula peranan saya dalam membangunkan modul latihan di GATES.”
Tuan Syafwan dipelawa oleh En Husni, salah seorang pengasas GATES untuk menyertai mereka pada tahun 2011. Pengalaman dalam bidang latihan digunakan sebaiknya untuk memberi nilai tambah kepada produk sedia ada.
“Pada peringkat awal, GATES tidak mempunyai modul latihan sendiri. Kami cuba memenuhi permintaan pelanggan dengan menawarkan latihan mengikut keperluan mereka. Peranan GATES lebih mirip kepada pengurus acara,” tambah Tuan Syafwan.
Beliau menjelaskan strategi ini tidak dapat bertahan lama kerana persaingan yang tinggi dengan syarikat penyedia latihan di pasaran. Beliau dan tim GATES berbincang mengenai kekuatan sedia ada dalam pembangunan sistem untuk mereka bentuk modul latihan yang selari.
Seawal enam bulan penubuhan, unit latihan di GATES diberi peluang untuk membentang idea program latihan kepada sebuah syarikat perladangan terkemuka di Malaysia. Program ini khusus untuk staf teknikal dan ia berkaitan kemahiran teknikal yang penting dalam tugasan mereka.
GATES fokus dengan idea yang dibentangkan dan menambah baik cadangan berdasarkan maklum balas, keperluan dan nilai tambah kepada pelanggan. Alhamdulilah, GATES berjaya meyakinkan pihak pengurusan klien dan mereka bersetuju memberi kontrak latihan melebihi RM600,000 untuk tempoh 12 bulan.
Bagi GATES yang baharu memulakan bisnes latihan, projek ini adalah satu kejayaan besar dan menjadi titik tolak kepada inovasi berterusan dalam syarikat.
“Sebagai usahawan kita mesti peka dengan keperluan pelanggan. Dengar dengan teliti apa yang disampaikan dalam mesyuarat dan pertemuan dengan wakil syarikat. GATES melihat potensi untuk memberi latihan kepada staf apabila wakil menyatakan staf mereka tidak mempunyai kemahiran mengendalikan sistem. Kami dapat projek sistem dan latihan sekaligus.”
Menurut Tuan Syafwan, nilai tambah dalam perkhidmatan memberi kelebihan kepada GATES berbanding syarikat IT di pasaran. Tim GATES bertungkus lumus merealisasikan projek ini seperti yang sudah dipersetujui oleh pelanggan.
Walaupun sudah mempunyai rangka kerja dan modul, namun kandungan terperinci belum lagi disiapkan. GATES tidak menunggu projek siap terlebih dahulu kerana ia akan memakan masa. Namun, tim percaya cadangan mereka mempunyai kekuatan dan memenuhi keperluan klien.
“Dalam bisnes ini, beri kepada pelanggan apa yang kita janjikan. Berterus terang jika kita tidak dapat memenuhi permintaan mereka dari awal,” sambungnya lagi.

Aspirasi penubuhan GATES Academy
Tuan Syafwan mengkaji syarikat latihan antarabangsa yang mempunyai produk sendiri seperti program Tony Buzan. Bagaimana sebuah syarikat IT ingin menawarkan produk latihan kepada pasaran yang lebih luas?
Modul latihan projek pertama yang diperolehi sebelum ini menjurus kepada keperluan khusus pelanggan. Mereka mesti memikirkan langkah seterusnya supaya modul latihan ini boleh dijadikan asas kepada pembangunan modul latihan yang bersifat generik dan berteraskan industri.
GATES menetapkan golongan sasaran yang baru iaitu pelajar dan belia yang berminat dalam bidang pembangunan sistem dan animasi. Rangka kerja atau framework modul latihan diperincikan.
Framework ini menjadi asas kepada semua pembangunan modul latihan di GATES Academy. Ia mengandungi komponen utama latihan dan hubung kait di antara semua modul. Keberkesanan modul dapat diukur pada setiap peringkat.
Walaupun setiap modul boleh diambil berasingan, tetapi ia bukan matlamat syarikat. Syarikat menggalakkan peserta untuk mengambil modul penuh supaya mencapai hasil yang memberangsangkan.
“Kami percaya pemahaman teknikal secara teori harus dikaitkan dengan aplikasi sebenar dalam kerjaya. Bukan itu sahaja, kemahiran insaniah turut diberi perhatian dalam setiap desain latihan yang kami tawarkan.”
Tuan Syafwan menjelaskan pengalaman sebenar dalam industri digabungkan dengan modul yang berstruktur adalah kelebihan program GATES.
Beliau berkata framework kursus di GATES Academy dapat digunakan sebagai asas dalam pembangunan modul baharu. Hal ini penting supaya syarikat terus berkembang dengan dasar yang sudah dibina pada peringkat awal.

Apakah USP atau unique selling proposition GATES Academy?
Tuan Syafwan menegaskan framework penting untuk kelangsungan bisnes syarikat. Selain itu, GATES mempunyai USP untuk membantu pelanggan mencapai matlamat mereka.
Dua program yang dibangunkan iaitu Program Animasi dan Program Pembangunan Sistem dipasarkan kepada agensi kerajaan yang mempunyai agenda membangunkan belia dan pelajar dalam bidang IT. Antara matlamat pelanggan seperti ini adalah melahirkan usahawan atau pekerja mahir dalam sektor IT.
GATES Academy memastikan peserta di bawah agensi ini mencapai matlamat yang ditetapkan. Program yang sama digunakan untuk mencapai matlamat yang berbeza. Situasi ini tidak menimbulkan konflik kerana program dijalankan tanpa mengubah framework asas dan menyesuaikan kandungan modul dengan keperluan agensi.
Setakat ini GATES Academy sedang melatih 140 peserta selama 6 hingga 12 bulan yang ditaja oleh agensi berlainan iaitu MARA, MDEC dan Majlis Agama Islam Melaka.

Masa depan program latihan GATES
“Ramai usahawan mengadu tidak tahu produk apa yang sepatutnya dijual. Tidak kurang juga yang mencadangkan usahawan baru supaya menjual produk orang lain. Kami memilih untuk menjual produk sendiri. Jenama kita sendiri. Apa yang penting peka dengan keperluan pasaran.” Kata Tuan Syafwan.
Beliau menyatakan empat sungai wang dalam bisnes iaitu makanan, pakaian, kesihatan atau kecantikan dan pendidikan. Setiap hari orang perlu makanan. Pakaian akan rosak atau lusuh dan perlu diganti. Manusia hendak sihat dan suka kepada kecantikan. Manusia juga perlu pendidikan dan ilmu dalam pembangunan diri.
GATES Academy memberi tumpuan kepada sungai wang pendidikan.
“Program yang kami tawarkan mesti berbeza dengan syarikat lain. Program kami boleh digunakan untuk memenuhi keperluan pelanggan tanpa melakukan perubahan yang besar kepada kandungan modul,” sambungnya lagi.
Beliau menyebut kata kunci ‘sustain’ iaitu kelangsungan dalam bisnes dan produk itu sendiri. GATES Academy memastikan pembaharuan dilakukan secara berterusan untuk kekal relevan.
Salah satu daripada kelebihan bidang IT adalah ia dikategorikan sebagai bidang kerjaya berprestasi tinggi dan berpendapatan tinggi.

Pembangunan modal insan
Sebagai seorang usahawan, beliau menekankan pembangunan modal insan atau developing people dalam menjalankan bisnes.
Katanya, “Kami tidak bangunkan bisnes. Kami membangunkan modal insan. Apabila kita membangunkan modal insan, bisnes kita akan sama berkembang. Jika kita bangunkan bisnes sahaja tanpa memberi perhatian kepada modal insan, bisnes tidak boleh pergi jauh.”
Aspek pembangunan modal insan diberi perhatian dalam semua program latihan yang dianjurkan oleh GATES. Ia dimulakan dengan pembangunan bakat staf dalaman terlebih dahulu.
Sasaran GATES Academy adalah menyediakan program yang membina dan mengembangkan potensi diri peserta.
“Buat masa ini, kami fokus kepada pelanggan di dalam negara. Agensi kerajaan dan institusi pendidikan tinggi sebagai saluran untuk kami melatih belia atau pelajar yang berminat. Kejayaan peserta memberi impak besar kepada program kami. Testimoni pelajar menjadi word of mouth dalam kalangan mereka dan secara tidak langsung mereka memperkenalkan GATES Academy kepada rakan,” kata Tuan Syafwan.
Selain itu, pembangunan modal insan dalam GATES Academy turut diberi tumpuan. Jurulatih (trainer) melalui proses pengajaran dan pembelajaran khususnya semasa melatih perserta. Kandungan modul, nota latihan dan kajian kes akan dikaji dan ditambah baik berdasarkan maklum balas pelatih dan keperluan kumpulan sasaran.

Memperkenalkan GATES Academy melalui program CSR
GATES Academy bekerjasama dengan universiti untuk menawarkan program percuma. Program seperti ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility).
Strategi ini turut digunakan untuk menguji keberkesanan program baru. Pemerhatian dan maklum balas daripada program CSR digunakan untuk memantapkan kandungan program.
“Bisnes pada zaman sekarang tidak boleh dijalankan secara bersendirian. Kami menjalin kerjasama dengan hampir 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia untuk melatih pelajar.”
Beliau menerangkan tentang strategi menang-menang (win-win) bersama pihak universiti. Dengan kerjasama yang terjalin, GATES Academy tidak perlu membuat pemasaran secara intensif. Hubungan yang baik dengan hala tuju yang selari memberi kelebihan kepada GATES Academy untuk memperkenalkan syarikat kepada kumpulan sasaran.
Kesan positif kepada pelajar dalam program CSR memberi keyakinan kepada pihak universiti untuk melantik syarikat dalam program penuh berbayar.
“Kami memperuntukkan 10 hingga 15 peratus daripada pendapatan kami untuk program CSR. Peruntukan ini kami gunakan untuk menganjurkan program percuma dan membiayai pelajar terpilih dalam program GATES Scholars Foundation (GSF) untuk pengajian pasca sisawazah sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (PhD).”
Kerjasama dengan pihak universiti memudahkan syarikat untuk mendapatkan peserta bagi program tajaan. Contohnya, Multimedia Development Corporation (MDEC) melantik GATES Academy untuk melatih 70 orang pelajar bagi melahirkan pekerja mahir. Dalam masa kurang sebulan, syarikat berjaya mengumpulkan peserta yang berminat.

Bukan untung hari ini
“Usahawan sebagai pemimpin tidak boleh memikirkan untung untuk hari ini sahaja. Kita mesti fikir sepuluh hingga dua puluh tahun akan datang.”
Beliau menegaskan bisnes dapat bertahan lama apabila kita berfikir untuk masa depan. Bisnes yang dibina adalah sebuah legasi yang dapat diteruskan oleh generasi akan datang dan memberi manfaat kepada orang lain.
Matlamat GATES Academy adalah menjadi pusat akredetasi yang diiktiraf seperti Adobe dan Oracle. Ia akan mengambil masa 5 hingga 6 tahun lagi. Namun, usaha sudah dimulakan sekarang.
Setelah hampir enam tahun penubuhan GATES, syarikat mula memberi tumpuan kepada program berbentuk ‘giving‘ iaitu memberi semula kepada masyarakat.
GATES menubuhkan Pusat Tafaqquh Al-Ghazali sebagai salah satu inisiatif dalam pembangunan bisnes dan pembentukan modal insan komuniti setempat.
Pusat Tafaqquh Al-Ghazali bukan berasaskan keuntungan dan memberi ruang serta peluang kepada komuniti setempat untuk belajar ilmu agama, Al-Quran dan menjalani program latihan asas ICT.
GATES bercita-cita untuk memperkenalkan model bisnes seperti Pusat Tafaqquh ini ke seluruh negeri di Malaysia.

Minat dalam bisnes latihan
Tuan Syafwan berkongsi latar belakang beliau dalam bisnes.
“Penglibatan saya dalam bidang latihan ini berlaku secara tidak sengaja. Saya graduan kejuruteraan elektrik. Kemudian, saya diberi peluang untuk membangunkan satu unit baru di UTM Space. Saya menjalankan tugas dengan minda orang bisnes. Alhamdulilah. Berjaya.”
Pengalaman itu amat berharga dan digunakan sepenuhnya untuk membina kejayaan demi kejayaan dalam GATES Academy. Beliau suka bertemu dan berurusan dengan orang lain.
“Dalam bisnes ini, matlamat kita adalah membantu masyarakat dan membangunkan modal insan untuk kekal relevan dan sustain dalam jangka masa panjang.”
Beliau menyatakan kata kunci sustain dan develop people amat penting dalam membangunkan apa-apa bisnes.
“Fokus kepada matlamat dan perancangan. Jangan ubah-ubah. Jika perlu ubah, apakah sebab berlaku perubahan itu? Mesti faham supaya bisnes boleh berjaya.” Sarannya kepada para usahawan.
Usahawan mesti banyak membaca. Beliau mencadangkan tiga buah buku bisnes yang bagus sebagai rujukan iaitu Delivering Happiness oleh Tony Hsieh, pengasas Zappos, The Personal MBA oleh Josh Kaufman dan Breakout Strategy oleh Sydney FinkelsteinCharles HarveyThomas Lawton.