Dalam membangun modal insan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat masa kini. Antara cabaran-cabarannya ialah:
a)
Amalan rasuah yang masih menjadi amalan
dalam sesetengah organisasi yang akan melemahkan sistem pengurusan.
b)
Jenayah berat yang kian meningkat
seperti membunuh, merompak, merogol sering menjadi bahan berita utama di media
massa sama ada media cetak mahupun elektronik. Ini menunjukkan bahawa manusia
sudah tidak mempunyai moral atau muflisnya nilai harmoni dalam diri masyarakat
itu sendiri.
c)
Hubungan kekeluargaan yang kian
renggang. Manusia kini kurang mementingkan hubungan kekeluargaan. Kejadian
penderaan anak-anak kecil, dicabul dan dirogol kini menjadi semakin serius. Hal
ini terjadi kerana nilai dan perasaan kasih sayang sudah pudar dan terhakis
dalam konteks hubungan kekeluargaan.
d)
Terdapat segolongan manusia yang begitu
rakus menebus tanah untuk pembangunan. Ini kerana manusia sangat mementingkan
pembangunan fizikal tanpa mengambil kira kepentingan pembangunan mapan.
Kegiatan pembalakan dan pembersihan hutan untuk menjalankan projek pembangunan
tidak memberi pertimbangan kepada keceriaan dan keseimbangan alam sekitar.
Dalam erti kata lain, konsep pembangunan mapan tidak dilaksanakan dengan
sewajarnya.
e)
Kadar pengangguran di kalangan siswazah
menjadi isu negara. Kegagalan siswazah mendapatkan pekerjaan adalah kerana kekurangan
pelbagai kemahiran yang dikehendaki oleh pihak industri atau organisasi. Di
samping itu, siswazah kurang berkemahiran dari aspek komunikasi, kerja
berpasukan, kemahiran berbahasa Inggeris, kemahiran teknologi maklumat dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment