Modal menurut Kamus Dewan ialah wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai
pangkal atau pokok untuk berniaga atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan
atau mencapai sesuatu yang lain. Manakala manusia pula ditakrifkan sebagai
makhluk yang mempunyai akal budinya dan dengannya manusia dapat mencapai
sesuatu yang lain.
Menurut perspektif Islam, modal insan ialah bagaimana seseorang
insan itu berpotensi melalui akal, hati dan jasmani yang menjadi sumber
kekuatan mengurus diri dan mengurus sistem. Allah SWT memberi petunjuk kepada
makhluknya menerusi al-Quran dan Rasulullah SAW memimpin umatnya melalui
peribadinya sebagai modal insan yang terbaik dan menjadi contoh teladan dalam
menguruskan kekayaan sumber-sumber ciptaan Allah tersebut menerusi
nilai-nilai akhlak.
Seseorang yang mempunyai modal insan bererti memiliki sahsiah yang
terpuji, menghayati system kepercayaan berfalsafah dan berprinsip,
berintegriti, berwawasan, berperancangan rapi, berketerampilan diri dan
berakhlak terpuji. Pembangunan dalam Islam adalah satu proses dinamik dan
harmonis dalam kesejahteraan masyarakat keseluruhan di dunia dan di akhirat.
Fokus utama pembangunan dalam Islam adalah pembangunan insaniah manusia itu
sendiri.
Pembangunan modal insan ini pula dilihat dari seluruh aspek
manusia meliputi jasmani dan rohani. Malah, konsep pembangunan modal insan yang
diutarakan oleh YAB Perdana Menteri memperlihatkan satu agenda kerajaan dalam
usaha meningkat dan memperkukuhkan jati diri rakyat dalam segenap lapangan
hidup. Kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya pembangunan modal insan
memberi implikasi kepada usaha mempertingkatkan lagi sistem pendidikan.
Thk u for ur info...
ReplyDelete👍👍
ReplyDelete"menurut perspektif islam" tu daripada siapa? nak tahu tokoh kalau boleh
ReplyDelete