Sunday, 15 May 2016

PENGENALAN


Pembangunan modal insan adalah nadi dan jantung utama dalam kerangka membangunkan sesebuah masyarakat yang maju dan proaktif yang diredai Allah SWT. Membina dan membangunkan masyarakat sejahtera adalah merupakan persoalan yang amat penting dan relevan untuk dibincangkan secara serius dalam arus perdana masa kini. Kesejahteraan yang diidamkan perlu dibangunkan secara kolektif berasaskan kepada teras penting dalam sistem pembangunan iaitu melalui amalan pembangunan insan.

Insan adalah modal utama kepada sesebuah masyarakat yang mesti dicanang dan dibentuk berteraskan nilai-nilai mulia dalam agama Islam. Insan yang terbangun dengan jiwa dan mindanya mampu membangunkan seluruh peradaban dan kehidupan umat Islam keseluruhannya. Justeru, pembangunan insan adalah tunggak terpenting dalam membina masyarakat Islam yang rabbani. Pembangunan insan yang dimaksudkan adalah pengamalan akhlak dan menyeluruh secara konsisten berasaskan ajaran agama Islam seperti jujur, amanah dalam tanggungjawab, mengambil berat, tolong-menolong dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment