Datuk Wira Dr. Maznah
adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah
membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 33 tahun dahulu menjadi sebuah
syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi
lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Beliau kini mengepalai
lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi
dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih
membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh
Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan
Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi
logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management,
perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain.
Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori
konsep ‘total security’.
Hasil daripada
kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai
beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau
Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri
/kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks
perniagaan.
Bagi menepati
keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke
peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen
penghantaran darat, laut dan udara), beliau telah melebarkan sayap ke peringkat
antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce
Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki
dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Wira Dr. Maznah
ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang
bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak
dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal
perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Beliau merupakan seorang yang
dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung
risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih
daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang
kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang
kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.
Beliau merupakan
seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang
dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara.
Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara
pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi
di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan
'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat
wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro
serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang
tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan
pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di
institusi - institusi pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya
yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC,
Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar
keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan,
’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama
diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar
”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF
ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’.
Melalui seminar ini, beliau ingin
membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU
KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K
– Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal
3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta
prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu
kejayaan. Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan
dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central
State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of
Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation
for Professional Speakers (IFFPS).
Di atas kecemerlangan
dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :
- Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
- Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
- Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
- Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
- Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
- Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
- Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
- Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
- Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
- Anugerah Ibu Usahawan 2008 – AVON
- Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
- Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
- Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
- Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
- Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
- Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
- Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya
- Anugerah “Lady Extraordinaire Inaugural Women of Excellence Awards 2014".
- Anugerah “Great Entrepreneur Brand ICON Leadership Awards Asia Pacific 2014”.
- Anugerah ”Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah” –membawa Gelaran Dato’Wira – 18 Januari 2015"
Beliau adalah ibu
kepada 5 orang anak dan 6 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan
dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta
diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol
kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya
dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE
IRON LADY”.
KUMPULAN SECURIFORCE
Tel : 03-40420266 Fax : 03-40411134 / 58
Email
: maznah@securiforce.com.my
Home page :
Facebook :
Instagram
: maznah_hamid
Tweeter
: maznah_hamid
No comments:
Post a Comment