Sebagai cabaran atau masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembangunan insan semestinya memerlukan kepada sifat-sifat mahmudah seperti sikap amanah, tanggungjawab, toleransi, ilmu pengetahuan agama yang mantap serta hubungan kasih sayang antara manusia dengan Pencipta dan hubungan baik sesama manusia. Sebagai contoh, dalam pembangunan masyarakat kini, nilai-nilai dan sikap amanah perlulah diterapkan dalam diri masing-masing. Ini kerana selagi umat Islam memelihara amanah Allah SWT maka akan lurus segala amalan dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Pekerja adalah pemegang amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya. Antara tonggak penting bagi seseorang pekerja yang baik ialah:
Amanah adalah sifat terpuji dan
terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik yang mesti dimiliki oleh
setiap individu, apalagi bagi mereka yang diamanahkan dengan sesuatu
tanggungjawab serta ikhlasnya seseorang itu bekerja kerana Allah, dengan
pastinya masalah rasuah, curi tulang, penipuan, pecah amanah dan sebagainya
tidak akan berlaku pada masyarakat kini. Selain itu, antara jalan penyelesaian
kepada kebahagiaan rumah tangga yang harmoni adalah melalui penekanan dari
aspek agama, kerohanian, jasmani yang menjadi landasan utama.
Segala aktiviti hidup dan aspek
kehidupan manusia mestilah didasarkan kepada sifat takwa, kerana ia merupakan
tujuan akhir dan punca segala bentuk aktiviti dan tingkah laku. Sifat ini juga
merupakan kunci keberkatan rezeki, keamanan, kemakmuran, ketenteraman dan
kesejahteraan. Takwa mengatur kebudayaan iaitu perhubungan manusia dengan
Tuhan, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungannya dengan alam
sekeliling.
Selain itu, penyelesaian kepada masalah
pengangguran di kalangan siswazah pada hari ini adalah berdasarkan kepada
kualiti modal insan yang bergantung pada kekuatan ilmu dan kecanggihan
keterampilah yang dimiliki oleh seseorang. Ilmu merangkumi bidang yang luas dan
pelbagai. Orang yang berilmu akan cenderung untuk melaksanakan apa yang
dimilikinya. Berilmu dengan ilmu dengan erti kata bekerja, serta berakhlak
dengan akhlak yang baik. Modal insan dalam perspektif Islam ialah bagaimana
potensi insan seperti akal, hati, jasmani dijadikan kekuatan mengurus diri
dengan masa yang ada. Masa yang ada digunakan untuk belajar, bekerja,
berkeluarga, bermasyarakat hingga tercapai matlamat kehidupan yang sebenar.
No comments:
Post a Comment