Monday, 16 May 2016

MATLAMAT PEMBANGUNAN MODAL INSAN


Terdapat dua matlamat Pembangunan Modal Insan iaitu:

Kesejahteraan menjadi satu prinsip asas yang mendasari konsep pembangunan modal insan berteraskan Islam. Kesejahteraan dan kedamaian dalam maksud al-falah merupakan matlamat kedua selepas mencapai mardhatillah. Seseorang individu yang tidak berpegang kepada prinsip kesejahteraan dan kedamaian bukan sahaja gagal membangunkan akal, jiwa dan dirinya di dunia tetapi turut gagal menempatkan dirinya dalam golongan orang yang mendapat hasanah (nikmat) di alam akhirat.

Allah SWT mengurniakan alam ini dengan pelbagai kenikmatan bagi memenuhi keperluan insan. Oleh itu, pembangunan fizikal dengan pelbagai ilmu keduniaan dan kemahiran penting dalam memakmurkan dunia. Perancangan fizikal juga boleh menyumbang ke arah pendidikan insan dari aspek fizikal dan juga rohani. Antara tindakan fizikal yang boleh membantu ke arah pembinaan insan adalah:

1.     Pembinaan kemudahan tempat ibadat, masjid, pusat pendidikan, perpustakaan, taman-taman riadah, tanah perkuburan, kawasan perniagaan, kawasan perumahan dan kemudahan-kemudahan lain yang sesuai dengan sifat manusia yang memerlukan pegangan agama, ilmu pengetahuan, pembangunan minda dan pengisisan dari segi rohani.

2.     Memelihara alam sekitar daripada kemusnahan sebagai usaha menjaga dan menghargai anugerah Pencipta yang mempunyai hikmah dalam segala ciptaannya.

3.     Bentuk perancangan yang meletakkan elemen-elemen utama seperti masjid dan institusi pendidikan di tempat yang menjadi tumpuan dan menghadap ke arah kiblat sebagai elemen yang mengingatkan manusia kepada Pencipta.

4.     Menyediakan elemen dan kemudahan-kemudahan yang dapat menjalin hubungan yang dapat menjalin hubungan yang rapat sesama manusia dalam persekitaran kejiranan yang bersesuaian serta mewujudkan peraturan bagi memastikan hak-hak orang lain dihormati seperti dewan komuniti.

5.  Penerapan nilai-nilai kerohanian dalam pembinaan bangunan-bangunan dengan menyediakan ruang-ruang ibadat yang khusus di bangunan-bangunan pejabat, kompleks membeli belah dan tempat tumpuan rekreasi.

No comments:

Post a Comment