Modal insan tidak saja harus dibangunkan oleh prinsip-prinsip nilai yang berasaskan agama semata-mata tetapi memerlukan olahan bijaksana bagaimana cabaran perubahan hari ini dapat dibentuk sesuai dengan acuan kita sendiri. Faktor nilai adalah faktor yang amat penting dalam proses membangunkan modal insan.
Oleh itu, nilai moral, etika dan akhlak
iaitu standard atau prinsip untuk mengukur dan menghukum sama asa sesuatu
perlakuan dan tujuan itu wajar atau tidak dinamakan sebagai keputusan etika.
Nilai yang baik perlu wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan
yang berhemah, bertanggungjawab, amanah dan jujur yang mendorong rakyatnya
berganding bahu membangun negara atau tamadun.
Akhlak mencakupi makna moral dan etika
iaitu sifat dan perlakuan yang baik, halus, benar dan patut yang dipunyai oleh
seseorang yang memberi kebaikan kepada dirinya dan juga kepada orang lain.
Tetapi konsep akhlak melebihi makna moral dan etika, dalam erti kata bahawa
segala sifat dan perbuatan yang baik yang memanfaatkan itu, harus dengan tujuan
untuk mendapatkan keredhaan Tuhan semata-mata, bukan untuk mendapat balasan,
pujian dan pengiktirafan daripada manusia.
No comments:
Post a Comment