Sunday, 15 May 2016

KONSEP PEMBANGUNAN MODAL INSAN


Pembangunan modal insan adalah keupayaan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan sama ada di dunia mahupun di akhirat dalam proses yang harmonis dan dinamik. Menurut Shohana, terdapat 6 konsep pembangunan insan berteraskan Islam iaitu: 



1. Pembangunan Ilmu

Pembangunan ilmu menjadi asas utama yang membawa ketakwaan kepada Allah SWT. Penguasaan ilmu meliputi ilmu fardhu ain yang dikategorikan kepada ilmu Usuluddin, ilmu Fiqah dan ilmu Tasawuf, menerangkan cara manusia mengurus sistem kehidupan di dunia sebagai individu dan masyarakat. Mengutamakan ilmu fardhu ain merupakan prinsip tarbiah yang tepat kerana imu fardhu ain yang juga dikenali sebagi ilmu akhirat mengandungi prinsip keimanan, petunjuk serta peraturan iaitu syariat, ibadat dan akhlak yang bertindak sebagai penyuluh kepada perkembangan ilmu fadhu kifayah yang lain.

2. Pembangunan Akidah

Memahami dasar rukun iman seperti sifat-sifat ketuhanan, kenabian dan hakikat-hakikat ghaib merupakan peringkat pertama kea rah pembangunan keimanan insan. Kewajipan beriman kepada Allah SWT diterangkan melalui kewajipan mendalami sidat ketuhanan yang merupakan asas keimanan yang sentiasa dijadikan pegangan dalam seluruh aspek kehidupan manusia.

Pembangunan akidah ini menekankan aspek pembentukan akidah Islam yang menjadi asas yang kukuh dalam membina sesebuah masyarakat untuk membanteras kezaliman, penindasan dan pencabulan kepada kemuliaan seseorang insan. Asas akidah ini telah membawa perubahan yang besar dalam masyaratakt pada zaman Arab Jahiliah.

Menurut Abdul Karim Zaidan, terdapat tiga ciri dalam sistem sosial Islam iaitu mengutamakan akhlak, berpegang kepada konsep keadilan dan melindungi institusi keluarga.

3. Pembangunan Ibadah

Pembangunan ibadah merupakan satu bentuk pengabdian diri dan merupakan manifestasi kekuatan iman dan takwa kepada Allah SWT. Amal ibadah yang dirangkumkan dalam taklif rukun Islam merupakan pendekatan yang disarankan oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dalam kitabnya Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin untuk membangunkan nilai spiritual dan meningkatkan kesejahteraan dan kedamaian.

Aspek pembangunan ibadah yang disentuh di dalam kitab ini meliputi 13 perkara ibadah. Senarai ibadah tersebut termasuklah adab qada hajat, wuduk, adab mandi, adab bersedia untuk mengerjakan solat, solat, adab imam dan makmum, adab hari Jumaat, puasa dan zikir.

4. Pembangunan Anggota Manusia

Menurut pandangan Islam, taklif Ilahi ke atas setiap insan terbahagi kepada dua dimensi iaitu taklif berbentuk suruhan dan taklif berbentuk larangan. Taklif berbentuk suruhan dinyatakan melalui tuntutan kefardhuan ibadah khusus berupa amalan fardhu dan amal soleh. Sementara taklif kedua dihubungkan dengan tegahan yang bersangkutan dengan penggunaan anggota lahir manusia. Pembangunan ibadah menurut pandangan pengarang kitab ini menekankan tumpuan ketaatan yang dituntut secara zahir terhadap anggota yang terdapat pada jasad manusia seperti mata, telinga, lidah, tangan dan kaki.

5. Pembangunan Rohani dan Akhlak

Pembangunan akhlak sesama insan dan pembangunan akhlak dengan Allah SWT merupakan dua bentuk pembangunan yang diklasifikasikan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin. Sifat-sifat kesejahteraan hati insan yang dizahirkan oleh akhlak luaran adalah satu bentuk pembangunan akhlak sesama manusia. Manakala pembinaan sifat-sifat mulia yang tertanam di dalam hati adalah bentuk pembangunan akhlak dengan Allah SWT.

Pembangunan rohani dan akhlak modal insan dibincangkan dalam konteks maksiat batin diklasifikasikan kepada sepuluh sifat kekejian yang menjadi halangan kepada pencapaian kesejahteraan. Perkara yang boleh membangun kerohanian umat Islam termasuklah amalan ibadat, zikir, munajat, doa, tawakal, Qiamullail, mujahadah, membaca al-Quran dan sebagainya mampu meningkatkan pembangunan kejiwaan umat Islam.

Sepuluh sifat ini pula meliputi sifat tamak, gemar bercakap, marah, hasad dengki, bakhil, kasihkan harta, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, takabbur dan membesar diri, ujub dan riya'. Sementara sifat kepujian yang membantu melonjakkan kesejahteraan ialah taubat, takut, zuhud, sabar, syukur, ikhlas dan benar, tawakal, mahabbah (kasihkan Allah), redha dan mengingati mati.

6. Pembangunan Adab Sosial

Adab adalah natijah isi kerohanian seseorang insan. Hasil daripada ketulusan dan kejernihan hati budi seseorang akan dimanifestasikan melalui adab sopan dan tingkah laku yang telus ikhlas. Perbincangan prinsip kesejahteraan dalam aspek pembangunan sosial yang dibincangkan dalam kitab Hidayatus-salikin fi suluki maslakil-muttaqin ini dibahaskan melalui lima tahap aturan adab iaitu:


No comments:

Post a Comment