Kerajaan Malaysia sudah melakukan kesilapan
apabila memulakan pembangunan negara dengan ekonomi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata, ini kerana negara ini sepatutnya memulakan pembangunan dengan
pembangunan modal insan terlebih dahulu.
"Saya melihat kesilapan negara dalam dunia
hari ini. Mereka jelas mengamalkan prinsip yang bertentangan dengan Islam.
Mereka memulakan pembangunan negara dengan wang dan ekonomi terlebih dahulu.
“Islam pula memulakan pembangunan
menerusi pembangunan modal insan dan akhlak. Menerusi pembangunan insan itu,
ilmu, akhlak serta moralnya dibentuk. Jika ada ilmu sahaja tetapi tidak ada
akhlak, maka ia tidak akan berjaya,” katanya dalam Bicara Minda dan Sesi
Dialog, di sini, hari ini.
Menyentuh soal hubungan diplomatik Malaysia
dengan negara luar pula, beliau berkata, Malaysia sepatutnya lebih banyak
memainkan peranan dalam mengenalkan dan menyebarkan agama Islam kepada pihak
asing.
“Dalam undang-undang antarabangsa Islam, Islam membenarkan kita mengadakan
hubungan diplomatik dengan syarikat asing.
“Untuk apa tujuannya? Untuk menyampaikan mesej
bahawa Islam boleh diterima dalam masyarakat. Sebab itulah kita tidak pernah
dengar negara China memerangi Islam. Kerana hubungan diplomatiknya dijaga
dengan baik dan Islam didedahkan kepada masyarakat China dengan baik sekali,”
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment